Thursday, 25 May 2017

SENARAI RAMADHAN MISSION


Dah list ke Ramadhan's Mission tahun ni? Ini  mungkin boleh jadi panduan untuk kita semua, Insyaallah
 
 

  



                 
   


         
        
 
        
     

           

                                                               







             

            

            
                  

                                                


                           
                 
    

                              
          
       



Sumber gambar dari pinterest
Ok selamat set mission ye semua...Assalamualaikum! 



Tuesday, 23 May 2017

Vitamin B-Komplex menggemukkan?

Hye dan Assalamualaikum… ada ke yang tengah on diet sekarang ni? yang on ambik suplemen kurangkan berat badan ke??? Ada keee.. so now jum Hsna share satu vitamin ni yang ramai sangat takut nak ambik..takut-takut jadi makin ba wau lam alif ta  atau ga mim waw qo!! 


Ada 3-4 orang tanya Hsna kenapa ambik B Complex rasa asyik lapar je? kalau macam ni gemuk la ai..ok macam ni..

#BComplex ni mcm spark plug. Burn makanan kepada tenaga dengan sangat cepat. Sebab tu kita rasa cepat lapar.

Bila lapar kita pon makan. Pastu kita fikir salah B Complex…”ha kau la yang salah” dikatanya kat vitamin yang tak penah buat salah kat dia sikit pun~~ . Padahal kita yang tak smart sangat 😳😳 opss

Caranya kita kena pilih food yang low kalori masa lapar tu. B Comp memang tukar makanan kepada tenaga dengan cepat. Sebab tu individu yang cepat letih sangat perlukan B Comp ni … penghidap kencing manis/diabetes sangat-sangat perlu untuk ambil B Complex secara konsisten.. supaya gula boleh diconvertkan kepada tenaga…see more



Kalau nak kuruskan badan basicly kena kurangkan pengambilan kalori dan kena bakar kalori dalam badan dengan bersenam. nak ke tak nak ke ni memang caranya...xyah duk berangan goyang kaki je dah boleh turunkan berat badan,..kalau dah makan pun macam heaven haruslah esersais pun kena sungguh-sungguh jugak…balance.fair & square ..giteww

Bila kita faham konsep ni, kita tak takut kat B Com dah kan? Sebab kita tahu dan faham bila lapar lepas mkn B Com, kita tahu dia dah berjaya bakar makanan kita tadi kepada energy. Kalau simpan makanan tu lama-lama, kang tukar jadi lemak. Gemuk pulak kita…eh eh😱😱

So kat sini, boleh makan B Comp namun kawal pemakanan kita. Take low calory food ok..be smart laa..

Ambik suplemen/ ubat/herba untuk kurus tapi badan makin naik. Kenapaaaa??? Kenapa pengambilan ubatan yang tidak tepat boleh menyebabkan berat badan meningkat secara mendadak?

Kerana setengah ubatan dapat menyerap nutrisi dan tenaga dari tubuh kita sehingga menyebabkan badan rasa lemas, haus dan cepat rasa lapar yang tak tertahan.

Hati-hati pilih ubat. ok?

until we meet again salam sayang Hsna Rahman -011 2557 9903


Monday, 22 May 2017

#QOTD



Semalam kita derhaka, pagi ini kita menyesal
Tebuslah semula. Ingat. Kebaikan boleh hapuskan dosa-dosa kita.
Jadi sepanjang hari ini tanamlah azam untuk buat kebaikan sebanyak mungkin.




La Tai Asu..Inni akhafullah!


Wednesday, 17 May 2017

NAFAS BERBAU TANDA HATI BERMASALAH?


Selepas kulit kita hati adalah organ kedua terbesar dalam badan kita. tahu ker??  Hati adalah organ metabolic yang serba boleh yang perform banyak fungsi penting kepada kesihatan kita. Hati letaknya dibahagian atas abdomen bahagian sisi kanan dibawah diafragma.. cer cari.. #silabelahdadamu dulu.....hahah pisau mana pisau??!!

Fungsi hati? Urmmm untuk menyayangi  awak la...cia cia cia .. hahaha ok sori ..back to the stori gayis

💕Hati menghasilkan agen pembekuan darah, protrombin dan fibrinogen. Tanpa mereka ni kita boleh mati kesan dari pendarahan tanpa henti even dari luka yang kecil. Sebab agen untuk pembekuan darah tu tade…bahaya kan?~~~
💕Hati yang sihat  sangat diperlukan oleh kedua-dua otak dan otot.
 💕Membantu dalam proses metabolisme galian, protein dan karbohidrat untuk hasilkam tenaga
💕Melenyapkan toksin kimia beracun yang masuk kedalam tubuh
💕Diperlukan untuk penyimpanan vitamin A, B, D, E dan K.
💕Menapis keluar racun dan bahan buangan untuk melindungi tubuh dari toksemia dalaman.

Korang tau tak 
Jika fungsi penapisan dan pelenyap toksin rosak (hati tak sihat) maka keseluruhan tubuh akan berfungsi macam kurang normal gitu. Rasa macam lemah badan or rasa macam tak sedap badan serba salah gitu..duduk camni tak selesa duk camtu tak best..serba salah la kiranya, otot-otot pun jadi lemah, perut sebu, loya semacam, masalah angin tak berenti

Paling teruk jadi masalah sirosis hati.. bahaya tu!!

💕Hati diperlukan untuk mencipta/ menghasilkan hempedu iaitu bahan asas untuk mencernakan lemak. Hati yang sihat menjadikan pundi hempedu juga menjadi sihat dan boleh berfungsi as normal. Penimbunan lemak dekat  hempedu sebabkan air kencing berwarna gelap, cirit-birit dan juga masalah kesihatan lain.

Hati hasilkan dan membebaskan hempedu untuk pencernaan - hempedu ni disimpan dalam pundi hempedu.. Hati yang sihat akan membebaskan hempedu yang sihat ke pundi hempedu. Kalau hati tak berfungsi as normal hati akan membebaskan hempedu yang dipenuhi dengan toksin dan toksik kedalam pundi hempedu.

Lastly toksin dan racun tadi disebarkan kedalam darah seluruh badan. No wonder tubuh rasa lain macam..selera makan pun jadi kurang. Kesihatan komfem2 makin menurum jugak..nampak tak perkaitan kat sinih?

Cara nak jaga kesihatan hati
💕Hentikan rokok dan arak.
💕Hentikan makanan teproses atau segera
💕Jauhkan diri dari terdedah dengan bahan kimia terlalu kerap
💕Jaga pemakanan

Kesan hati tak sihat
💕Tanpa vitamin yang diperlukan sel-sel hati tak mampu nak bersihkan diri mereka dari asid lemak yang dibawa oleh aliran darah.. Titisan lemak ni akan berkumpul dalam sel hati membentuk seakan lumpur.

💕Lemak yang tak ditapis oleh hati ni akan mengurangkan aliran darah, hati tak mampu nak huraikan karbohidrat dan protein dan jugak takleh nak imbangi tahap karbohidrat dan protein.

💕Dan satu lagi badan kita tak dapat nak seimbangkan tahap elektrolit dalam tisu badan, badan kering..tu yang jadi letih, lesu, tak bermaya, kerap rasa nak muntah, sebu, loya dan tak sedap badan tu.. sebab semua benda imbalance...dasat! Ingat hati yang tersumbat tak mampu hapuskan racun dan toksin. bila toksin berkumpul macam-macam penyakit stat nak timbul.. 

TIP SPECIAL NAK JAGA HATI - MAINTAIKAN HATI YANG SIHAT DAN KUAT
Detox hati dengan DTX Complex!

💕Bantu merangsang sintesis protein untuk tingkatkan jumlah enzim dalam hati untuk tujuan detoksifikasi dan  memperlahnlan pembentukan toksin
💕Membina dan memperkuatkan sel-sel hati
💕Merangsang pengaliran hempedu
💕Lindungi hati dengan mengurangkan kadar kerosakan kesan alkohol dan baham kimia yang ditapis oleh hati
💕Membantu masalah hati spt #hepatitis dan #sirosis
💕Bantu tingkatkan fungsi hati
💕Tinggi kandungan antioksidan untuk melawan #tumor dan #kanser hati
💕Membantu mencegah #batu karang
💕Tingkatkan penyerapan zat besi oleh hati -untuk melawan #anemia
💕Mempunyai kesan antiviral terhadap #HIV - Membantu tubuh untuk menapis toksin dan baham kimia dengan baik untuk menguatkan imuniti tubuh pesakit


Additional
Lecithin yang kaya dengan kolin penting untuk kurangkan lemak pada hati > lecithin sangat penting untuk larutkan lemak ni tau / kolin dalam lecithin bantu untuk elak penuaan steotosis -penimbunan lemak pada hati. Hati sentiasa bebas lemak yang terpalit.  mesti korang penah dengar lemak dekat organ kan? antaranya hati.. hati ni salah satu organ penting dalam badan kita tau 

Ada yang tanya Hsna adakah masalah pada hati boleh menyebabkan masalah nafas berbau?

Setakat pengetahuan dan pembacaan Hsna nafas berbau tiada berkaitan dengan masalah hati. Dalam blog Dr Zubaidi juga penah bincangkan faktor nafas berbau.  Banyak jugak faktor yang telah bincangkan antaranya kebersihan mulut, jangkitan kuman, pemakanan, obesity, rokok atau alcohol. 

ORITE. semoga perkongsian ini bermanfaat untuk semua. tq!

salam sayang Hsna Rahman/011 2557 9903. 

Tuesday, 16 May 2017

Tunjukkanlah kepada Allah yang kita berusaha.



Do good. Good will come to you!

Hurmmm caner tu.. boley eh?eh? Bacalah dulu…
Manusia..bila kita asyik duk ungkit, lama-lama terbit rasa bosan dan nyampah giler kan? Tapi Allah tidak. Allah lagi suka.. lagi banyak kita ungkit lagi Dia suka kita. Hebat kan?

Ya. Hanya dengan mengungkit kebaikan yang kita pernah buat tulus keranaNya. Contohnya kita nak kena bangun subuh ni tapi mata berat giler nak bukak. Ngantok oi. Dahler baru je dapat lelap tapi... kita pilih untuk bangun juga tunaikan Subuh.

Then after Subuh kita pun angkat laa tangan berdoa.
"Ya Allah aku ngantuk sangat-sangat tapi kerana Kau aku sanggup tinggalkan tilam yang empuk, selimut yang tebal, basahkan tubuh dengan air yang sejuk dipagi hari.. Sesungguhnya aku tahan jugak diri ni semata-mata untukMu. Engkau saksikankah usahaku ini Ya Allah. Walaupun kecil ini tanda ketaatanku aku padaMu. Maka Kau permudahkanlah urusan aku hari ni Ya Allah, Kau makbulkan doa-doaku Ya Allah dan kasihinilah aku Ya Allah"

Masyaallah tabarakallah. Berkorbanlah untuk Allah. Rayulah bantuanNya. Tunjukkanlah kesungguhan kita.
Mungkin pengorbanan kita tak seberapa tapi mungkin itulah yang menjadi sebab kasihNya tumpah kepada kita.Insyallah.

Dapat sesuatu?


Giveaway Time By Aishah Badrulhisham


Hallo Assalamualaikum mornin’.salam ceria dan positive. selamat hari guru kepada semua pendidik!  Ni 2nd ke 3rd time Hsna join giveaway.. harapnya kali ni berjaya la dapat salah satu..Insyaallah..come come to me presents~~~~ hahaha ..teringin sungguh ni... 

so korang yang rasa nak jugak tu meh la join sama..klik banner tu untuk follow syarat-syarat yang melayakkan korang untuk dapat adiah best-best tu...good luck!