Sunday, 14 June 2015

PUASA: 7 TIP ELAKKAN DAHAGA DISIANG HARI




1.     Berkumur namun pastikan tidak menelan air. Kang tak pasal-pasal terbatal puasa

2.     Elakkan daripada mengambil minuman berkafein spt soda, kopi, teh atau makanan masin  kerana ia boleh menyebabkan kita berasa sangat dahaga lagi-lagi musim panas yang agak ekstrem ni

3.     Mandi dengan air sejuk

4.     Elakkan daripada aktiviti luar dibulan puasa. Elakkan dari terdedah kepada cahaya matahari dengan kerap sebaik-baiknya kurangkan aktiviti luar. Sebaliknya berehat di bilik yang sejuk atau berhawa dingin.

5.     Pakai pakaian jenis kapas dan ringan untuk mengelakkan haba badan keluar terlalu banyak.

Haipp-haip di bulan puasa ni kan seelok-eloknya jadikan bulan tanpa baju-seluar ketat boleh tak ye?? Lagi eeeelokk kalau bukan di bulan puasa pun biasakan baju yang longgar apa lagi cuaca yang tersangat lah panas sekarang ni kan…

6.     Jangan bersenam dengan menggunakan intensiti yang tinggi atau aktiviti yang boleh menyebabkan kita berpeluh yang banyak.


7.     Sepanjang bulan Ramadhan berikan lebih tumpuan pada pengambilan air untuk mengelakkan dehidrasi. Ambil sekurang-kurangnya 500 ml air untuk setiap waktu makan sehingga anda mendapat 2L sehari.

p/s: jangan jadi cenggini kang sia-sia kita berada di bulan Ramadhan
Ramadha xlama pun sebulan je...jadikan ianya bulan mentarbiahkan, memperbaiki serta meng-upgrade-kan ibadat kita kepada yang lebih baik dan berkualiti lagi!!

...
yOur truly Shaklee Independent Distributor Husna Rahman
meet me at Facebook Husna Rahman or looking for more healthy tips lets explore my page TIP SIHAT or personally talk to me at 011-2557 9903 or e-mail at husnasukahijau@gmail.com

Because life is a journey. A beautiful journey worth if you have a healthy life.

No comments:

Post a Comment