Thursday, 5 November 2015

RAHSIA AWET MUDA SELAMANYA

4 LANGKAH MENDAPAT TUBUH SEMPURNA 
SEL YANG LEBIH SIHAT MENJAMIN TUBUH YANG SIHAT


Perlindungan sel.

Sistem pertahanan terbaik melawan penyakit adalah sistem imunisasi kita. Ia adalah ciptaan yang menakjubkan yang akan bersedia dengan apa jua cabaran, sama ada bakteria, virus, atau kanser. Ia boleh melakukan semua pertahanan yang badan kita perlu sekiranya kita memberikan khasiat yang tepat, rehat yang cukup, dan belajar bagaimana untuk menguruskan tekanan atau stress anda.

Manakala makan pula bukan sekadar untuk memenuhi rasa lapar tetapi ia amat penting untuk tubuh. Pemakanan yang betul mampu mencegah pelbagai masalah kesihatan apabila tubuh menerima cukup nutrient, mineral dan zat yang amat diperlukan oleh sistem dalam tubuh. Makan dalam jumlah yang cukup dengan mengutamakan gizi yang seimbang, bervariasi serta kaya dengan antioksida perlu untuk menghadapi proses penuaan sel.

Korang tau tak?
Penuaan merupakan aktiviti deregenerasi tubuh akibat kerosakan yang terjadi pada makromolekul, sel, jaringan dan organ.Dengan fahaman mudahnya, penuaan merupakan proses pematangan sel dalam tubuh. Semasa penuaan banyak sel mati dan sepatutnya diganti dengan sel yang baru. Namun apabila sel tidak menerima “makanan” yang secukupnya maka penghasilan sel baru terbantut atau tidak berlaku dengan lancer. Kesan-kesan penuaan adalah seperti:

Kedut
Kulit Kusam
Kelesuan Kelihatan lebih tua dari usia
Kesihatan merosot
Keupayaan saraf menurun
Otot dan tulang semakin rapuh
Lendir/cecair yang terdapat didalam sendi semakin berkurang akhirnya menyebabkan pelanggaran sendi spt gout.
Kanser

Hakikatnya umur semakin bertambah tapi ironinya kemampuan sel-sel tubuh makin menurun. Terdapat banyak faktor yang menyebabkan kemampuan sel makin berkurang:]

·   Pemakanan yang tidak seimbang menyebabkan pembekalan nutrient, vitamin dan zat kepada tubuh tidak mencukupi alkhirnya fungsi sistem serta organ dalam tubuh juga menurun.

·  Terdedah kepada radikal bebas dan sinaran UV menyebabkan struktur sel semakin mengecut akhirnya luaran kulit menjadi kendur dan berkedut serta kelihatan kusan dan gelap.

·   Penggunaan bahan kimia dalam produk kecantikan menyebabkan pengumpulan toksik dalam tubuh akhirnya menyekat aktiviti  sel untuk terus berkembang dengan lancar. Apabila perkembangan sel –sel ini disekat akhirnya membentuk sel yang tidak sihat dan akan mengakibatkan kanser dalam jangka masa lama.

·   Merokok/Vaper akan mengganggu kelancaran sel untuk hidup dan berkembang secara normal. Bahan-bahan kimia yang terdapat dalam rokok atau vaper merupakan toksik untuk tubuh.


Sumber kekuatan perlindungan sel 

#1. Vitamin Antioksida
Serangan radikal bebas merupakan perosak sel-sel tubuh dan yang menyebabkan seseorang menjadi dan kelihatan lebih tua. Antioksida amat diperlukan untuk meneutralkan radikal bebas yang amat berbahaya untuk tubuh.  Vitamin A, C, dan E, adalah antioksidan yang penting untuk mengelakkan regenerasi se termasuk kolagen. Vitamin-vitamin ini amat penting untuk menyokong sistem imunasasi tubuh dengan lebih kebal dan kuat.

Shaklee membawakan vitamin tinggi sumber antioksida yang paling asas yang boleh diamalkan oleh semua golongan.


Vita C Plus mampu bertindak untuk meneutralkan radikal bebas/kandungan toksik di dalam aliran sel darah merah. Darah merah yang mengandungi tinggi kandungan radikal bebas atau toksik adalah lebih pekat dan mempunyai warna yang agak kehitaman. Oleh itu kehadiran Vitamin C didalam sel darah merah membantu menyucikan darah daripada kesan toksik dan mengembalikan warna asal sel darah merah.

Selain itu Vitamin C juga membantu meningkatkan tahap imunisasi badan seseorang dengan membina sel darah merah yang sihat untuk penyerapan zat besi yang lebih baik, membantu sel darah putih menetang bakteria dan kuman, juga membantu menyingkirkan waktu pemulihan dan mampu membantu mengurangkan symptom demam dan selsema dengan lebih efektif.

Kandungan antioksidan dalam Vita C Plus dapat membantu tubuh untuk memerangi kanser. Vita C

Plus dan Vita E Complex adalah antara sumber antioksidan yang berkuasa yang mampu meningkatkan interferon semulajadi tubuh dan meransang pengeluaran T-cells untuk melawan sel-sel kanser dan membuang kimia berbahaya dari tubuh dengan berkesan. Dan yang paling penting, Vita C Plus mampu menghapuskan radikal bebas sebelum ia menyerang sel-sel kita yang lain.


Sebiji Vita C Plus bersamaan dengan 7.5 biji oren yang berkualiti tinggi. Vitamin C tidak memberikesan toksik kepada badan kerana Vitamin C merupakan vitamin larut air dan akan hilang secara berterusan dari badan melalui sistem perkumuhan seperti air kencing dan peluh. Ia tidak tersimpan didalam badan namun tubuh kita memerlukan Vitamin C sepanjang masa oleh itu amat penting untuk mempertimbangkan Vita C Plus dalam diet seharian. Anda boleh mengamalkan sehingga 6 biji sehari untuk membantu menguatkan sel-sel dalam tubuh.


Seseorang memerlukan paling kurang 400iu Vitamin E untuk membentuk sel-sel sihat melawan radikal bebas. Keistimewaan utama Vita E Complex Shaklee:

Mengandungi 10mg selenium semulajadi untuk membantu tubuh menyerap vitamin E pada tahap tertinggi, emelihara membran sel-sel, sel darah merah dan tisu-tisu otot.

Mampu bertindak sebagai penyahtoksik semulajadi logam berat seperti raksa, cadmium dan berfungsi untuk mengukuhkan antioksidan dalam tubuh.


#2.Kolagen
Penghasilan kolagen yang semakin berkurang seiring usia akan menyebabkan jisim otot dan tulang juga akan berkurang. Kesannya seperti osteoporosis, kulit kendur dan berkedut, gigi mudah reput dan sebagainya. Kehadiran kolagen membantu sel agar kelihatan lebih tegang, segar dan muda.



#3.Mulailah dengan air putih
Air diperlukan untuk memastikan kelancaran sistem pembuangan hasil daripada  metabolisme tubuh seperti peluh, air kencing dan “pooppo”
.
Persekitaran sel.
Alam sekitar juga penting. Air yang kita minum dan digunakan dan udara yang kita hirup mempengaruhi setiap sel dalam badan kita. Sebaik-baiknya, kita perlu jadikan persekitaran kita bersih dan sihat.

Air sangat penting untuk menjaga saluran pencernaan dan kulit sihat. Air memainkan peranan penting dalam pembongkaran/pemecahan racun yang membahayakan tubuh.

KORANG TAU TAK? T
Tubuh kita memerlukan sekurang-kurangnya 2L sehari atau korang boleh ikut formula ni:
25kg berat badan memerlukan 1L
Bermaksud kalau berat badan korang 50kg korang memerlukan sekurang-kurangnya 2L sehari





Kesan kekurangan air kepada Sistem tubuh manusia
Kesan
Kadar aktiviti enzim makin perlahan malah rembesan enzim pencernaan berkurang akan mengakibatkan pencernaan tidak teratur dan sempurna.
Kelesuan/pedih ulu hati, gastrik/ ulser
Apabila tubuh kekurangan air kolon mengeluarkan lebih banyak air dari biasa untuk kegunaan anggota tubuh lain yang kekurangan air
Sembelit
Sebahagian besar komposisi darah terdiri daripada air oleh itu jika tubuh kekurangan air cecair darah menjadi lebih pekat dan sukar untuk diangkutserta dipam ke seluruh tubuh.
Tekanan darah tinggi
Menyebabkan sel juga kehilangan air. Oleh itu badan akan menghasilkan lebih banyak  kolestrol untuk menggantikan kehilangan air.
Kolestrol tinggi
Keupayaan badan semakin berkurang untuk membuang (kumuh) sisa asid dan toksik keluar dari tubuh.
Ketidakseimbangan komposisi Ph dalam tubuh
Kulit merupakan saluran detoksifikasi badan yang paling besar dan utama. Kekurangan air akan menghadkan pembuangan dan perkumuhan toksik melalui kulit.
Korang tau tak?
Perpeluhan merupakan proses pembuangan toksik melalui kulit.
Apabila kulit kekurangan air kulit terpaksa menghadkan pengeluaran toksik untuk mengelakkan kehilangan air yang berlebihan.
Apabila toksik ini tidak dapat dikeluarkan melalui peluh maka toksik ini akan berkumpul dibawah bahagian kulit akhirnya menyebabkan masalah kulit seperti jerawat.
Masalah kulit.
Organ-organ dalam tubuh seperti hati, buah pinggang dan pundi kencing memerlukan kandungan air yang mencukupi untuk menjalankaian proses detoksifikasi. Apabila tubuh kekurangan air akan menyebabkan peningkatan kepekatan toksin yang terpaksa dibuang oleh organ-oragan tersebut. Ini akan membebankan organ-organ.
Masalah hati, buah pinggang, hati dan pundi kecncing.

Senaman sel.
Sel-sel kita juga bergantung kepada senaman untuk kekal sihat. Apabila kita bersenam, peredaran darah menerangi sel-sel kita dengan nutrien dan mencuci atau menyingkirkan bahan buangan toksik dari badan kita. Senaman memberikan kekuatan , ketahanan , fleksibiliti, dan kecerdasan mental dan sangat membantu mengurangkan stress atau tekanan. Oleh itu senaman menggalakkan kesihatan yang baik secara menyeluruhan.

Aktiviti fizikal yang cukup akan membantu melancarkan aliran darah. Aliran darah yang lancer mampu menjamin pengangkutan zat-zat gizi yang diperlukan oleh setiap sel tubuh untuk memperbaiki dan menggantikan sel-sel tang telah rosak supaya perkembangan sel yang seterusnya berlaku tanpa sekatan dan lancar.

**next post Husna diskus apa itu senaman sel dan bagaimana ia dapat membantu membuatkan seseorang sentiasa muda dan bertenaga**keep follow me ya'!! ◕‿-

1 comment:

  1. Perkongsian yang bermanfaat untuk kita..terima kasih husna.nanti share lagi ye..;)

    ReplyDelete