Thursday 11 June 2015

SENJATA DOA




Masyaallah begitu agung penguasaanMu
Hanya kepadaMu aku terus bersujud
Menyatakan rasa kekerdilan kewujudan seorang hamba
diatas bumi penciptaanMu ini...
Hanya kepadaMu aku terus memohon doa
Membuktikan kebergantungan seorang hamba kepada penguasaNya...
.
.
Ingat teman soleh dan solehahku
kau punya senjata paling tajam dan makbul 
DOA




-SignatureHusnaRahman-

Monday 8 June 2015

LA TAHZAN : LA TAI ASU





Di dalam hati manusia ada kekusutan dan tidak akan terurai kecuali
menerima kehendak ALLAH SWT

Didalam hati manusia ada keganasan dan tidak akan hilang kecuali berjinak 
dengan ALLAH SWT

Didalam hati manusia ada kegelisahan dan tidak akan tenang kecuali berlindung
bertemu dan berjumpa denganhNya

Didalam hati manusia ada penyesalan dan tidak akan padam kecuali redha dengan 
suruhan dan laranganNya serta Qada dan Qadarnya serta kesenantiasaan sabar sehingga menemuiNya

Didalam hati manusia ada hajat dan tidak akan terbendung kecuali kecintaan 
kepadaNya dan bermohon kepadaNya


...===...





LA TAHZAN : LA TAI ASU

Kita hanya berusaha tapi Dia yang menentukan rezeki berupa kejayaan, kesenangan, kesihatan dan kegembiraan. 
Namun jika masih bukan masanya lagi Dia memberikanmu rezeki itu jangan kau kecewa dan putus asa .
Kerana Allah amat membenci hambaNya yang mudah berputus asa.
Kerana Allah lebih lagi Maha Mengetahui tempat letak dirimu. 
Kerana Allah lebih mengetahui bila waktu dan ketika kau layak dikurniakan rezeki itu. 
Mungkin
Jika Dia mengurniakanya.....sekarang!!!
Mungkin saat itu kau berjaya kau akan melupakanNya. 
Mungkin saat itu kau berjaya kau kan jauh dariNya...

Dan mungkin itu satu peluang dariNya. 
Peluang untuk kau melihat dirimu kembali. 
Peluang untuk kau memperbaiki dirimu kepada yang lebih baik lagi. 
Mengapa tidak kau menghargainya? 
Sesungguhnya setiap sesuatu yang berlaku adalah dalam aturanNya. 
Jadi mengapa harus kau lepaskan peluang yang diberikanNya.

Yakni pengajaran dan petunjuk hikmah khusus dariNya....SUBHANALLAH
Betapa bertuahnya dirimu mendapat pengajaran dariNya. 

Jadi mengapa tidak kau belajar bersyukur terlebih dahulu?

Bersyukurlah atas setiap apa yang kau dapat kerana 
Kau lebih mengetahui usahamu. 
Kau lebih mengetahui kemampuanmu.

Dengan itu belajarlah bersyukur. 
Rasailah nikmat bersyukur nescaya kau kan bahagia. 

Belajarlah bersyukur kerana
Saat kau merasai nikmat ertinya syukur kau kan menangis kerana apa yang kau dapat hakikatnya jauh lebih baik dari nilai usahamu. 
Saat kau merasai nikmat ertinya syukur kau hanyalah insan kerdil yang hanya hidup atas belas rahmat dan kasihNya. 

Belajarlah bersyukur kerana dengan itu kau kan bahagia. 
Rasailah kebahagian dari rasa syukur itu kerana kebahagian itu adalah nikmat dan anugerah berharga lagi maha hebat dariNya. 
Percayalah setiap kurnianNya kepada kamu adalah yang terbaik buat kamu kerana Dia tidak akan pernah membebankan hambaNya dengan sesuatu yang tidak mampu ditanggungi oleh seseorang dari kamu. 
Kerana Dia lebih arif mengenai dirimu sendiri. 

...
::Andai kau masih lemah ingatlah::
Tidak bergerak satu zarah kecuali dengan izinNya
Tuhan tidak pernah jadikan sesuatu itu dengan sia-sia
Setiap sesuatu yang terjadi ada hikmahnya kerana sebaik-baik pengatur hanyalah Allah
Dia mengikut sangkaan hambaNya - fikirkan hanya yang terbaik untuk hidup dan amalmu!
Tiada daya upaya kita melainkan dengan izinNya.
...

Jadikan hanya Dia sandaranmu wahai teman soleh dan solehahku.
-SignatureHusnaRahman-


Sunday 7 June 2015

ALLAH BOSAN DENGAN KITA BILA...??


Seorang penjual besi buruk bertanya kepada seorang Ustaz..
"Ustaz..! Kenapa ya..! Saya merasa bosan dengan hidup saya yang begini-begini..! Terus hambar, tak ada arahnya, tak ada nikmatnya..! Bosan saya Ustaz..! Saya ingin bahagia tapi kenapa susah ya?"
Ustaz pun menjawab :
"Oohh..! Mungkin masa ini Allah juga lagi bosan dengan tuan."
"Allah bosan dengan saya? Maksudnya macamana Ustaz?" Tanya si tukang besi kembali..
Ustaz menjelaskan :
"Mungkin Allah penat cari tuan tapi tak pernah jumpa pun. Dicari di antara ahli dhuha, tuan tak ada. Dicari di antara ahli tahajjud juga tak ada.
Dicari di antara ahli puasa sunat juga tak ada. Dicari di antara ahli sedekah, juga tak kelihatan.
Dicari di antara ahli Qur'an, tuan juga tak ada di sana. Dicari di antara ahli umrah, niat pun tuan belum buat.
Dicari di antara orang-orang yang khusyuk solatnya, tuan juga tak ada. Dicari di antara ahli selawat pun tak ada. Dicari di antara yang menuntut ilmu apa lagi.
Lalu Allah swt mau cari tuan di mana lagi..? Cuba tuan bagitau..! Cakaplah jangan terdiam pulak..!"
Lalu..! Menangislah si tukang besi tadi sambil mengusap airmatanya, dia beristighfar. Bagaimana dengan kita..berapa kali kita mencari Allah swt. 

Bagaimana dengan solat kita..jagakah kita??..khusyukkah kità....

Bagaimana dengan hartamu berapa banyak yg kita sumbangkan untuk jalan Allah?

Bagaimana dengan masa kita...banyak mana kita peruntukkan untuk bersama Alalh swt? 

Bagaimana bacaan quranmu...banyak mana yg kamu baca untuk mengatakan kepada ALLAH bahawa kita beriman kepadaNya?

Allah swt berfirman dalam Surah Saff:3 yg bermaksud "Amat besar kebencian Allah kepada mereka yang berkata tetapi ia tidak melakukanya".  

Ingatlah saudara2 seagamaku bahawa setiap apa yg kita lakukan dipertanggungjawabkan di akhirat. Kembalilah kepada Allah yg menjanjikan kedamaian dan ketenangan hidup. Hidup di dunia bukan sekadar angan-angan dan bermain-main tetapi hidup di dunia adalah untuk mencari cahaya ilahi dàn keredhaan abadi Yang Esa. 

Janganlah kita jadi hamba Allah yg pandai berkata2 dan menasihat orang lain sedàngkan kita lebih teruk dari apa yg kita perkatakan. JANJI adalah benàr ....mati adalah benar...kubur juga benar ...syurga juga benar..neraka juga benar....oleh itu takutlah kepadaNya .....semoga kita kembali kepadaNya dgn penuh ketenangan dan sangkaan yg baik.
Segeralah kembali kepada Allah..! Dekatliah Allah. Hanya Allah sajalah ZAT yang boleh mententeramkan hidup kita.

PASTIKAN NAMA ANDA
SENTIASA DALAM SENARAI ALLAH.

M A S A
A N D A M A S I H A D A

J A G A L A H
M A S A L A P A N G A N D A

::SEMOGA ALLAH PERMUDAHKAN DAN DIKEKALKAN SERTA DIKAYAKAN DGN IMAN & TAQWA
AAMIIN YA Rabbal aalaamin::

Saturday 6 June 2015

Allah Maha Memberi: Ya Wahhab




Sematkanlah dalam dirimu
bahawa dengan berbekalkan doa
kamu bisa mendapatkan apapun dihamparan dunia kecil ini
kerana ALLAH ITU MAHA MENGABULKAN, MAHA MEMBERI lagi MAHA PEMURAH
Ingatlah
Dia memberi apa yang kau perlukan
dan bukan pada apa yang kau mahukan
semata-mata
kerana segala-segalanya berbekalkan sebab dan musabab
hanya kau yang masih belum  dan tak pernah mengerti aturanNya
dengan itu jangan sesekali kau bersedih
jika
Dia masih belum mengurnikan apa yang kau damba
Dia masih belum memenuhi apa yang kau pinta
Tetapi teruskanlah doamu selagi Allah mengizinkanmu
untuk menadah tangan mengaminkan doamu.....serta impianmu!

Insyallah berkat kesabaran dan istiqamahmu akan menghadiahkan kamu dengan sesuatu yang jauh lebih berharga dan bernilai
Jadi mengertilah kamu denganNYA....kerna aturanNYA adalah yang terbaik....dunya wal akhirah!
......

-SignatureHusnaRahman-
 Oleh itu aku takkan bersedih lagi...kerana aku punya Allah....pengatur segalaNya!
Sampai saatnya aku akan capai segala impianku dengan izinNya. Insyaallah.


Kenali aku seorang hamba Dia!!

Jum kenal-kenal menyambung ukhwah 

Seorang aku yang bercita-cita biasa...
Seorang aku penulis inspirasi...
Seorang aku yang komplek...
Seorang aku yang masih mencari apa yang harus dicari oleh insan bernama hamba...
Seorang aku si pengemis cinta Dia...


Bercita-cita untuk jadi penulis buat diri sendiri
menulis untuk muhasabah diri
menulis untuk refleksi diri
menulis untuk mencari diri
dan
menulis untuk mengemudi hidup mencari, meneroka, mendekati dan menyelami cinta Dia dalam larian dunia realiti menuju negeri abadi...selamanya....




Aku suka hujan!


Husna Rahman
FB: Husna Rahman
Sms/whataspp: 011-2557 9903
(strictly NO CALL)
Page: TIP SIHAT
Blog: kotakconteng.blogspot.com
Email: husnasukahijau@gmail.com
Instagram: husna.rahman
Shaklee Independent Distributor: ID 1185474
….
Servant of Him
Muhammad SAW's follower
A daughter
A sister
Student’s Law of Attraction-Neuroscience-Psychology-HumanResource
Businesswoman
Life-long learner
An inspirational

...===...


Iklan