Friday 26 February 2016

PRAY OF THE DAY


Assalamualikum & Salam Jumaat Kareem


Alhamdulillah sekali seminggu kita ada hari Jumaat, seriously aku suka sangat hari Jumaat
Kalau dalam Islam Jumaat ni dikira hari raya bagi seluruh umat islam, penghulu segala hari 
pastu aura hari Jumaat jugak sangat lah luar biasa
macam mana luarbiasanya???
◕‿◕
kuasa makbul doa sepanjang hari Jumaat sama bila kita bangun untuk berqiammulai
hebat kan? so bagi sape2 yang agak berat tubuh nak tinggal tempat tidur hatta untuk tahajud 2 rakaat perbanyakkan amalan setiap hari Jumaat, at least merasa jugak pahala qiam seminggu sekali..kan?

Dan satu lagi perbanyakkanlah sedekah, kalau  hari-hari biasa susah nak sedekah apakata cuba ringankan tangan hulur RM1 je...kalau hari biasa dah biasa bagi seringgit sempena hari Jumaat tambah lagi seringgit jadi RM2...lebihkan sikit..tak rugi pun sebab zahirnya kita nampak kita bagi kat org lain padahal kita sebenarnya bagi pahala kat diri sendiri..so rugi ke mcm tu? tak kan??

apa yang aku taip kat atas tu khas aku tuju untuk diri aku sendiri tapi kalau korang nak terasa sama, bagus jugak kan, sama-sama kita sentap tangkai hati kita...

ok cukup kot entry ringkas untuk hari ini harap-harap kita boleh sama2 mendapat redha dariNya
impikan keselamatan dan kesenangan dunia akhirat jum kita sama-sama sematkan dalam fikiran, dalam hati bahawa kalau nak Allah kabulkan doa kita, penuhi dulu suruhanNya. Jaga Dia nescaya kamu juga akan dijagaNya dengan rahmat dan kasih sayang, YA RAHMAN YA RAHIM tanpa batas.

"Ihfazillah yahfazka, ihfazillah tajidhu tijaahak" 
 Jagalah Allah, nescaya Allah akan menjagamu. Jagalah Allah, nescaya Allah sentiasa disampingmu. 
 
Ya Allah jangan sesekali Kau palingkan hati kami samaada dekat atau jauh, sekejap atau lama dariMu.
Jadikanlah kami hambaMu yang soleh dan solehah yang sentiasa patuh akan suruhanMu.Insyaallah.  

Salam sayang Husna Rahman.
Impianku aku ingin memberi tanpa batas maka Kau luaskanlah rezekiku dalam setiap ruang dan aspek untuk aku pastikan impianku tercapai. Ku penuhi dunia untuk aku dapatkan akhirahMu. Maka lancarkanlah, berkatilah setiap urusanku Ya Allah. amin. Ya Mujib Ya Wahhab Ya Ghani. 

 


No comments:

Post a Comment

Iklan