Wednesday 27 April 2016

AKU AMAL AYAT PELINDUNG UNTUK ELAK KEMALANGAN MAUT????

Assalamlaikum


"Mendekatkan & mengingati Dia selalu tak pernah sesuatu yang sia-sia"
kalau kita tak perolehi ganjarannya didunia, ingat! kita masih ada akhirat
Tetap yakin dan sabar dalam mengusahakan sesuatu sesungguhnya kekuasaanNya & keadilanNya tiada batas



Alhamdulillah

Setelah seminggu rasa lesu & sakit2 dalam tubuh + emosi kacau sekarang beransur bertenaga & haruslah kene semangat lebih..>< kate nak jiwa sado kan??? Jadikan yg lepas2 tu sbg panduan agar lebih hati-hati, hormat pengguna jln raya lain, ingat Allah selalu…. ◕,< .. and 1 more thing selalu2 ler bersihkan dosa yg sllu bertambah bak cendawan lepas hujan.. erkk!

Here Hsna nak share sikit la kot2 bermanfaat untuk orang lain Alhamdulillah bertambah kantung pahala yg nak dibawak kat sana nanti ..

Kisahnya masih berkisar insiden lepas 

Masa insiden & selepas insiden tu ramai yang bertanya directly & indirectly (ye la tuan punya kete 100% perfectly fine tp kete hancuss)...




“apa la budak ni amal”
“ilmu apa yg budak ni pakai”
“eh kau amal ilmu pelindung eh”
“kau xnak share ayat pelindung kau amal ke ngan aku”
“kuat ilmu kau amal Hsna, ilmu putih ke hitam”

Seriously aku sentap, tak pernah terfikir org boleh ada pemikiran mcm tu, sungguh aku kata. Ada yang pandang serong….ada yang cakap malaikat lindungi aku!

Dengan nama Allah aku nak tegaskan, aku terselamat masa insiden tu sebab Allah sayangkan aku, Kalau nak ditimbang dengan amalan semayang & lain2 rasanya tak cukup…so aku terselamat sebab rahmat Allah.

Tapi persoalan yang Hsna nak jawab, camna nak dapat rahmat Allah tu?

Doa & selalu usaha buat apa yang Dia suka!

Insyaallah, you do what He ask you, He will give you thousand even million what you want, even lebih baik dari apa yang kita idamkan…

For me:
Hsna tak pernah tinggalkan #1.doa ni, ibarat dah sebati dah dalam diri
“Ya Allah murah rezeki kami, luaskan rezeki, limpahkan rahmat atas kami, tebarkan nikmat kepada kami, permudahkanlah urusan dunia dan akhirat kami serta lancarkan urusan dunia dan akhirat kami”

Tamak tak tamak aku ni, aku nak dua2..dunia aku nak kaya akhirat lagi aku nak kaya!!

That is my life goal!!!

#2.Lazimi diri dengan istighfar (Alhamdulillah min Hsna pastikan 500x sehari kalau sempat tambah lagi)
Kita ni tiap2 hari commit dosa, kalau jarang2 sekali solat taubat lazimilah istighfar, tak mampu banyak cukup 50x sehari..bila dah biasa tambah lagi dan tambah lagi semaksimum mungkin.

Kadang2 banyak doa dan impian kita terhalang sebab dosa2 kita, kadang2 benda2 xelok berlaku kat kita pun sebab tebal dengan dosa2.. sbb we get what we give..betul tak?

Ada yang tanya kalau masa zikir tu hati tetap lalai xpe ke, masa zikir tetap psg lagu rock2 xpe ke?
Xpe asuh jiwa dulu lama-lama ia akan terdidik dengan sendiri, Allah itu Maha Sayang, Maha Cinta, setiap kebaikan yang kita buat pasti akan ada  ganjaran, insyaallah.

Dia akan bantu kita lepas tu. Buat je dulu. Percayalah buat je dulu sebab lama-lama kita akan rasa dengan sendirinya kelainan tu pastu kita akan cuba untuk belajar pastu kita akan cuba untuk baiki lebih baik, hebat kan?

#.3 Jaga mak ayah dan adik beradik – yg ni xperlu xplain kot kan…ngeee ><…

#4.Kalau rasa mampu dan ok, tambah lah sikit zikir & selawat, sedekah, lazimi baca quran. Lakukan amalan-amalan sunat semampunya. Cth kalau xmampu nak bgn malam tiap2 hari sekali seminggu pun  xpe dah…

Teruskan konsisten & mintak doa Allah sentiasa bagi petunjuk.Insyallah Allah hanya bagi yang terbaik je untuk kita ni, jangan isau..sabar dan yakin. Allah itu sentiasa ada!

Salam sayang HR!
p/s: perkongsian ini bukan nak menunjuk2 or riak sebagainya cuma untuk berkongsi kebaikan yg mungkin sama-sama kita boleh dapat dan buat... insyallah lindungi hati kami Ya Allah dr segala sifat buruk!

nak lanje gambar femili sikit, kita kenal2 ye...hikhik..Hsna jarang post gambar sndiri or fmily sbb segan, sebab rasanya bab2 cenggini mcm secret privacy la.. ngeee>< ngade giler..

nikmatilah nikmat matee korang.... hengee...!!!











No comments:

Post a Comment

Iklan